SPH Logo mobile
Langgan|

Gerhana bulan paling lama abad ke-21

Gerhana bulan paling lama abad ke-21

Jul 28, 2018 | 1:15 PM

Gerhana bulan paling lama abad ke-21

GERHANA BULAN PENUH: Bulan kelihatan paling merah sekitar 4.20 pagi semasa fenomena gerhana bulan penuh pada 28 Julai 2018.
GERHANA BULAN PENUH: Bulan kelihatan paling merah sekitar 4.20 pagi semasa fenomena gerhana bulan penuh pada 28 Julai 2018. - Foto MARK CHEONG

RATUSAN orang berkumpul di Marina South Pier awal pagi tadi (28 Julai) untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang paling lama abad ini.

Menerusi satu acara masyarakat yang dianjurkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan kumpulan kaji bintang setempat SingAstro, orang awam diundang menyaksikan fenomena itu di taman atas bumbung Marina South Pier sepanjang malam.

Lebih 16 teleskop disediakan oleh SingAstro untuk digunakan oleh mereka yang hadir.

Lebih 500 orang hadir di acara itu.

Sekitar 1.13 pagi, bulan mula menjadi gelap tetapi pada 3.30 pagi, barulah bulan yang berwarna merah atau dikenali sebagai 'blood moon' dapat dilihat.

Mujur, cuaca yang baik juga membolehkan ramai orang menyaksikan fenomena itu dengan jelas, dengan bulan kelihatan paling merah sekitar 4.20 pagi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg