Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gerhana bulan penuh dijangka 26 Mei, orang Islam digalak solat gerhana di rumah: Pejabat Mufti

May 25, 2021 | 3:52 PM
Foto SCIENCE ORG
Foto SCIENCE ORG -

SINGAPURA akan menjangkakan gerhana bulan penuh untuk berlaku pada 26 Mei, dari 7.04 malam hingga 8.52 malam.

Disebabkan langkah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) bagi Covid-19, Pejabat Mufti menggalakkan orang Islam agar mendirikan solat gerhana di rumah.

Berkongsi butiran ini di akaun Instagram officeofmuftisg pada Isnin, Pejabat Mufti berkata:

"Salah satu sunnah yang kita boleh amalkan sewaktu fenomena ini adalah untuk mendirikan solat gerhana, yang boleh dilakukan sendiri atau secara berjemaah."

Di pos itu, cara mendirikan solat gerhana yang terdiri daripada dua rakaat dan satu salam dijelaskan menerusi infografik.

Setiap rakaat mempunyai dua rukuk, dua fatihah dan dua kali pembacaan surah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg