Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gerhana bulan penuh S'pura sukar dilihat akibat cuaca kurang baik

Nov 9, 2022 | 5:30 AM
MENAKJUBKAN: Penduduk di sini mungkin perlu menunggu selama tiga tahun lagi sebelum fenomena gerhana bulan berlaku lagi.
MENAKJUBKAN: Penduduk di sini mungkin perlu menunggu selama tiga tahun lagi sebelum fenomena gerhana bulan berlaku lagi. -

AKIBAT cuaca yang tidak begitu baik, penduduk Singapura tidak berkesempatan untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh semalam.

Keadaan langit yang mencabar akan menjadikan kejadian luar biasa itu sukar untuk dilihat, kata ahli astronomi.

Meskipun fenomena gerhana bulan dijangka bermula sekitar 6.15 petang, bulan gerhana hanya akan kelihatan sekitar 7 malam apabila bulan mula terbit di ufuk timur kerana kedudukan geografi Singapura.

Namun, ramai penduduk setempat tidak melepaskan peluang menyertai sama kegiatan yang diadakan, antaranya anjuran masjid-masjid di serata negara yang mengadakan solat gerhana bulan.

Ratusan jemaah dikatakan membanjiri kebanyakan masjid di sini dengan menunaikan solat sunah sempena fenomena tersebut.

Semasa gerhana bulan penuh, bumi melintasi depan matahari dan menjadi sebaris dengan bulan.

Ini bermakna bumi menghadang cahaya matahari daripada menyinari bulan dan menyebabnya kelihatan kemerah-merahan dan dipanggil Bulan Berdarah. Ini berlaku kerana jarak gelombang cahaya merah yang lebih panjang dibengkokkan ke arah bulan.

Bulan 'bernyala' lebih merah jika terdapat banyak awan dan habuk di atmosfera.

Gerhana bulan penuh bermula dari 6.15 petang dan kekal hingga 8.50 malam.

Fenomena gerhana bulan penuh malam semalam merupakan yang terakhir yang dapat dilihat di Singapura dalam jangka masa tiga tahun mendatang.

Kali terakhir ia terjadi adalah pada 25 Mei lalu.

Fenomena ini dijangka berlaku semula di sini pada 25 September 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg