Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gerhana kurang jelas tapi warga tetap cuba saksi fenomena

May 27, 2021 | 5:30 AM
SAKSIKAN FENOMENA: Warga bersiap dengan teropong dan camera untuk menyaksikan gerhana bulan. - Foto AFP
SAKSIKAN FENOMENA: Warga bersiap dengan teropong dan camera untuk menyaksikan gerhana bulan. - Foto AFP -

BUAT kali pertama sejak 2019, langit malam bermandi cahaya 'bulan berdarah super'.

Meskipun tidak dapat dilihat dengan jelas di Singapura disebabkan cuaca yang kurang baik, beberapa pencinta bintang di Singapura tetap cuba menyaksikan fenomena itu dari beberapa kawasan di Singapura termasuk di pantai East Coast.

Masyarakat Islam pula menyambut fenomena itu dengan mendirikan solat sunat gerhana.

Semasa gerhana bulan penuh, bumi melintasi depan matahari dan menjadi sebaris dengan bulan.

Ini bermakna bumi menghadang cahaya matahari dari menyinari bulan dan menyebabnya kelihatan kemerah-merahan dan dipanggil Bulan Berdarah. Ini berlaku kerana jarak gelombang cahaya merah yang lebih panjang dibengkokkan ke arah bulan.

Bulan 'bernyala' lebih merah jika terdapat banyak awan dan habuk di atmosfera.

Gerhana bulan penuh bermula dari 7.11 malam dan kekal sedemikian hingga 7.25 malam.

Secara kebetulan, fenomena ini juga berlaku selaras dengan fasa 'supermoon' di mana bulan berada paling hampir dengan bumi. Justeru, bulan mengambang paling besar dijangka dapat dilihat.

Dari 7.25 hingga 8.52 malam, bulan keluar dari bayangan bumi dan menjadi lebih bercahaya dan membentuk gerhana separa. Dari 8.52 hingga 9.49 malam pula bulan keluar dari bayangan bumi dan menjadi lebih bercahaya, langsung mengakhiri gerhana penuh.

Gerhana bulan penuh yang selanjutnya dijangka dapat dilihat di Singapura pada 8 November 2022.

Di bandar-bandar lain, gerhana bulan penuh dilihat dengan jelas termasuk di California.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg