Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ghairah dapatkan vaksinasi bagi anak-anak

Oct 26, 2022 | 5:30 AM
TUNGGU GILIRAN: Ibu bapa dan anak mereka sedang menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Moderna Spikevax di Kelab Masyarakat Sembawang semalam. - Foto BH oleh FELINE LIM
TUNGGU GILIRAN: Ibu bapa dan anak mereka sedang menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Moderna Spikevax di Kelab Masyarakat Sembawang semalam. - Foto BH oleh FELINE LIM -

HARI pertama vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berusia antara enam bulan dengan empat tahun bermula dengan rancak pagi semalam, dengan pusat vaksinasi di serata negara penuh dengan ibu bapa dan anak mereka.

Ini selepas bermulanya pendaftaran yang dibuka minggu lalu buat ibu bapa dan penjaga bagi anak mereka mendapatkan vaksin Moderna Spikevax di salah satu daripada lima pusat tersebut di serata negara, di kawasan seperti Punggol, Tampines dan Queenstown.

Bagi golongan usia kanak-kanak itu, vaksin Moderna diberi dalam dua dos sebanyak 25 mikrogram setiap satu, ditadbir sekurang-kurangnya dalam tempoh lapan minggu.

Pusat vaksinasi di One Punggol, kendalian Thomson Medical, memberi 53 dos vaksin kepada kanak-kanak itu dalam dua jam pertama.

Punggol ialah bandar dengan kadar tertinggi kanak-kanak berusia bawah lima tahun, iaitu 8.3 peratus - atau kira-kira 14,640 - daripada 176,190 penduduk di estet itu tahun lalu, menurut angka Jabatan Perangkaan Singapura bagi 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg