Topik diikuti
Pergi ke BHkuGiant tawar harga terendah bagi minyak masak
Giant tawar harga terendah bagi minyak masak
Giant tawar harga terendah bagi minyak masak
Pasar raya sedang mempromosikan jenama mereka sendiri sebagai pilihan yang bermutu dan dimampui bagi pelanggan, di tengah-tengah keprihatinan mengenai harga barangan yang semakin meningkat. BERITA HARIAN memparkan dua pasar raya tempatan Singapura.
WALAUPUN harga barangan semakin meningkat di seluruh negara, Giant terus menawarkan harga minyak masak terendah di pasaran, kata pasar raya tersebut.
"Harga rendah ini memperkukuh komitmen Giant dalam menyokong warga Singapura mengharungi tempoh mencabar ini," katanya.
Bagi memastikan semua orang dapat meraih manfaat, pasar raya tersebut menetapkan had pembelian minyak masak.
Setiap pelanggan boleh membeli sehingga dua botol sahaja bagi minyak sayuran jenama Giant dan jenama Cabbage.
Minyak sayuran jenama Giant berharga hanya $3.90 bagi dua liter, yang menurut Giant, harga paling dimampui.
Minyak masak lain dengan harga dimampui di Giant termasuk minyak masak sayuran jenama Cabbage yang berharga $5.10 bagi dua liter dan minyak zaitun Meadows pada harga $9.90 bagi satu liter.
Harga ini boleh didapati di semua kedai runcit Giant Singapura, termasuk aplikasi CART.
Dalam pada itu, terdapat juga program 'Lower Prices That Last' (Harga Rendah Berpanjangan) di Giant yang boleh dinikmati pelanggan.
Ia menawarkan harga terbaik bagi ratusan barang dapur yang segar dan penting.
'Lower Prices That Last' kekal cara yang terbaik untuk menangani inflasi, kata Giant.
