Premium
Gigih bertanya resipi jaya
Jan 13, 2018 | 5:30 AM

SAHUT CABARAN: Edry menyahut cabaran mengambil subjek Bahasa Melayu di peringkat Ekspres meskipun dia pelajar Normal (Akademik) di Sekolah Saint Patrick's. Bersamanya ialah guru Bahasa Melayu yang banyak membantunya, Cik Hazlian Karim. - Foto BH oleh M.O. SALLEH -
SEJAK di peringkat sekolah rendah, Edry D'putra Hayadi memang meminati bahasa Melayu.
Malah, dia meraih gred 'A' bagi subjek Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Dia meraih gred 'C' dan 'D' bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sains serta gred 4 bagi Matematik Asas.

