Topik diikuti
Pergi ke BHkuGigih tongkah arus malapetaka
Gigih tongkah arus malapetaka
Gigih tongkah arus malapetaka
Baru-baru ini, pencapaian cemerlang akademik dan kegiatan kokurikulum seramai 45 pelajar Melayu/Islam Institut Pendidikan Teknikal (ITE) diikitiraf dalam majlis Anugerah Bestari anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM). Sebanyak 36 anugerah disampaikan bagi kategori akademik dan sembilan anugerah lagi disampaikan dalam kategori bukan akademik. Satu Anugerah Pelajar Cemerlang juga diraih pelajar jurusan kejururawatan, Encik Muhammad Azerael Azhar, yang menempuhi pelbagai cabaran dalam usaha mencapai cita-cita. Empat pelajar lain dicalonkan bagi Anugerah Pelajar Cemerlang itu. Berikut kisah Encik Muhammad Azerael dan dua pelajar lain yang dicalonkan. Ikuti laporan wartawan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg).
SEMASA menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sebagai paramedik, Encik Muhammad Azerael Azhar membantu seorang pelatih bomba yang terkehel kakinya.
