Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Giliran bapak pula 'masuk sekolah'...

Mar 12, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh YONG LI XUAN
- Foto BH oleh YONG LI XUAN -

SEBAGAI seorang bapa kepada tiga orang anak, Encik Mustaffa Osman, 55 tahun (gambar), gembira melihat anak-anaknya mencapai impian dan kerjaya mereka.

Namun, kini masa baginya untuk mencapai impiannya pula.

Didorong keinginan meningkatkan kemahirannya dalam bidang kaunseling, Encik Mustaffa baru-baru ini telah mendaftar diri di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) sebagai pelajar Sarjana Muda Kaunseling.

Mempunyai latar belakang sebagai seorang penolong jurutera di agensi air negara PUB, Encik Mustaffa berkata ini merupakan peluangnya mengembangkan kemahirannya.

Walaupun kembali ke 'sekolah' sebagai seorang pelajar dewasa bukan sesuatu yang mudah, beliau bersemangat mencapai cita-citanya itu didorong niat yang baik dan iltizam yang kuat.

Dengan pengetahuan baru ini, beliau berharap dapat menyumbang semula kepada masyarakat kelak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg