Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gim mudah suai bagi pesakit angin ahmar bakal dibuka 2025

Oct 25, 2024 | 1:41 PM
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (depan, kiri), membincangkan contoh gim adaptif atau mudah suai, yang akan dibuka pada 2025, bersama Pengarah Eksekutif Stesen Sokongan Strok (S3), Cik Ng Rei Na (kanan), pada 24 Oktober.
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (depan, kiri), membincangkan contoh gim adaptif atau mudah suai, yang akan dibuka pada 2025, bersama Pengarah Eksekutif Stesen Sokongan Strok (S3), Cik Ng Rei Na (kanan), pada 24 Oktober. - Foto STESEN SOKONGAN STROK (S3) 

Stesen Sokongan Strok (S3), yang mempamerkan inovator dan peranti yang akan digunakan di Makmal Inovasi pada 2025, telah mengadakan rumah terbuka di hab sehenti bagi golongan kurang upaya, Enabling Village, pada 24 Oktober.

Orang awam yang hadir semasa rumah terbuka S3 diberi peluang melawat gimnasium berpandu yang mempamerkan peralatan pemulihan terkini, menghadiri sesi untuk memahami khidmat yang disediakan serta bengkel berskala kecil.

Daya utama inovasi sosial itu bertujuan memperkasa mangsa angin ahmar dengan membangunkan penyelesaian yang disesuaikan untuk penggunaan di rumah dan masyarakat, yang meningkatkan kebolehan mereka agar dapat berdikari dan berfungsi.

Rumah terbuka itu turut dihadiri Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.

Pengarah dan Pengerusi S3, Cik Chang Hwee Nee, turut mengumumkan tiga daya usaha yang akan dipacu oleh S3 pada 2025 di Enabling Village di Lengkok Bahru.

“Mengenai pemulihan strok, kami akan buka gim pertama dan satu-satunya di Singapura, yang disesuaikan untuk memberi tumpuan kepada pesakit angin ahmar.

“Ia merapatkan jurang antara gimnasium pemulihan dan masyarakat bagi pesakit yang menghidap angin ahmar agar dapat bersenam dan kekal cergas dalam persekitaran yang disesuaikan untuk mereka,” kata Cik Chang, yang juga melahirkan penghargaan kepada Yayasan Lien dan Yayasan Lee atas sokongan mereka.

Antara peralatan pemulihan terkini S3 yang dipamerkan dan merangkumi ciri sesuai untuk pemulihan angin ahmar ialah Amadeo, ArmMotus M2 Pro, dan AlterG Anti-Gravity Treadmill.

Beliau juga mengumumkan pembukaan pusat penuaan aktif (AAC) tetap di Blok 693 Boon Lay serta pelancaran Makmal Inovasi S3 di Enabling Village.

“Inovator sosial dan mangsa angin ahmar dapat berkumpul untuk mencipta bersama penyelesaian praktikal dalam menghadapi cabaran hidup seharian selepas diserang angin ahmar.

“Ruang ini akan memperkasakan pemandiri untuk mendapatkan semula kebebasan mereka dan meningkatkan kebolehan mereka berdikari dan berfungsi,” tambah Cik Chang, yang mengalu-alukan maklum balas daripada peserta yang hadir semasa rumah terbuka itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg