Sekitar enam bulan lalu,Encik Hazieq Nizam, 25 tahun, mengorak langkah berani dengan membuka kedai memperbaiki gitar sendiri.

Ia kemuncak perjalanan hampir sedekad baginya yang mula berjinak-jinak memperbaiki gitar pada usia 17 tahun.

Dalam wawancara dengan Berita Minggu, Encik Hazieq, yang kini pemilik Wax Guitar Services di Suites @ Bukit Timah akur ada banyak risiko memulakan perniagaan sendiri, namun beliau bersedia menghadapi semua cabaran.