Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Golden Mile Complex akan dipulihara, terap pembaharuan tarik pemaju bagi penjualan enblok masa depan: URA

Oct 9, 2020 | 8:20 PM
Setelah ia selesai dibina pada 1973, Golden Mile Complex merupakan salah satu bangunan serba guna besar yang pertama di Singapura, yang menyepadukan penggunaan komersial, rekreasi serta perumahan di bawah satu bumbung. - FOTO: Fail
Setelah ia selesai dibina pada 1973, Golden Mile Complex merupakan salah satu bangunan serba guna besar yang pertama di Singapura, yang menyepadukan penggunaan komersial, rekreasi serta perumahan di bawah satu bumbung. - FOTO: Fail -

BANGUNAN Golden Mile Complex di Beach Road yang ikonik kini diusul untuk dipulihara atas nilai sejarah dan untuk menunjukkan seni bina setempat, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam satu kenyataan pada Jumaat (9 Oktober).

Langkah itu, yang diambil selepas kajian dua tahun, memulakan proses untuk mewartakan bangunan 16 tingkat itu dengan desain bertingkat seperti anak tangga itu sebagai bangunan dipulihara.

Namun, untuk memastikan perkembangan ini tidak mengadang penjualan enblok di masa depan, URA telah menawarkan beberapa insentif tambahan kepada pemaju.

Ini termasuk membenarkan pemaju menambah sepertiga kawasan lantai, meniadakan sebahagian bayaran pembangunan dan pilihan mengubah sempadan kawasan seluas 1.3 hektar yang diduduki bangunan itu.

URA berkata, Golden Mile Complex adalah lambang yang memaparkan kepintaran karyawan dari generasi perintis Singapura dalam bidang seni bina dan kejuruteraan.

"Ia melambangkan wawasan dan imaginasi mereka untuk membina kediaman bertingkat tinggi yang menaikkan semangat dan inklusif di awal pembangunan negara Singapura," kata URA lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg