RATUSAN orang mengunjungi Masjid Ba'alwie pagi Sabtu lalu bagi meraikan anak-anak yatim dan anak-anak memerlukan bantuan serta golongan warga emas dan golongan kurang berupaya dari beberapa rumah kebajikan setempat di sini.

Kegiatan tahunan anjuran masjid tersebut di Lewis Road itu bertujuan menggembirakan pelbagai golongan kurang bernasib baik itu dengan menjamu mereka bermacam juadah makanan dan minuman, manisan dan coklat serta barang-barang mainan yang disediakan dengan percuma oleh para penderma dan sukarelawan.