Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Google sanjung pejuang kebajikan wanita Muslim pertama S'pura

Oct 16, 2021 | 5:30 AM
JASA DISANJUNG: Lakaran 'Google Doodle' semalam mengiktiraf bakti pengasas Persatuan Kebajikan Wanita Melayu, Che Zahara Noor Mohamed, sempena tarikh 15 Oktober 1950, di mana beliau mengadakan rapat umum sebagai respons pada Rang Undang-Undang Perkahwinan. - Foto GOOGLE
JASA DISANJUNG: Lakaran 'Google Doodle' semalam mengiktiraf bakti pengasas Persatuan Kebajikan Wanita Melayu, Che Zahara Noor Mohamed, sempena tarikh 15 Oktober 1950, di mana beliau mengadakan rapat umum sebagai respons pada Rang Undang-Undang Perkahwinan. - Foto GOOGLE -

SYARIKAT teknologi berbilang negara Google menyanjung bakti aktivis Melayu yang mengasaskan pertubuhan kebajikan wanita Muslim pertama di Singapura, Che Zahara Noor Mohamed, dalam inisiatif lakaran 'Google Doodle' semalam.

'Google Doodle' merujuk pada pengubahsuaian khas sementara logo laman utama Google yang bertujuan memperingati cuti umum, acara penting, pencapaian individu dan tokoh bersejarah dari negara tertentu.

Che Zahara merupakan pengasas Persatuan Kebajikan Wanita Melayu (MWWA) pada 1947.

'Doodle' ini juga diterbitkan semalam, pada 15 Oktober, bagi memperingati hari di mana Che Zahara menganjurkan satu rapat umum bersejarah pada 15 Oktober, 1950, sebagai tindak balas pada Rang Undang-Undang Perkahwinan.

Dalam satu kenyataan semalam, Google menyanjung jasa Che Zahara yang dilahirkan pada 1907.

Beliau membuka rumahnya buat wanita dan kanak-kanak miskin menimba ilmu dan berteduh.

Pada 1947, beliau memohon sumbangan $500,000 daripada pemerintah yang membawa pada penubuhan MWWA di rumahnya.

Pada Ogos 1950, Rang Undang-Undang Perkahwinan diperkenal bagi mengehadkan perkahwinan hanya buat individu berusia 16 tahun dan ke atas. Pindaan dibuat pada rang tersebut bagi mengecualikan individu Islam.

Disebebkan perkara itu, Che Zahara tergerak menganjur rapat awam sebagai pelantar suara wanita.

Pada 1955, Che Zahara mewakili Singapura pada Kongres Ibu Sedunia di Switzerland.

Beliau juga bekerjasama dengan Majlis Wanita Singapura bagi membantu membangun Piagam Wanita Singapura yang melindungi hak wanita dan kanak-kanak perempuan Singapura.

"Che Zahara adalah pengasas dalam memperjuangkan hak wanita di Singapura.

"Beliau dan wanita lain pada 1952 membentuk Majlis Wanita Singapura, mencabar undang-undang dan dasar berdiskriminasi serta norma dan daya fikiran yang tersimpan dalam, yang menjadikan wanita dalam kedudukan serta peranan bawahan dan kurang penting dalam masyarakat ketika itu," kata Pengerusi Balai Kemasyhuran Wanita Singapura, Cik Margaret Thomas.

Pengarah Negara Google Singapore, Encik Ben King, pula menambah:

"Google komited pada perbezaan, kesaksamaan dan inklusif serta bangga menyanjung Che Zahara sebagai pejuang pengasas hak wanita dan kanak-kanak menerusi inisiatif 'Google Doodle'."

Lakaran 'Doodle' ini boleh dilungsuri menerusi laman google.com atau google.com/doodles

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg