Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gotong-royong sebelum solat tarawih bersama...

Mar 23, 2023 | 5:30 AM
GOTONG-ROYONG: Encik Yassin (tengah) giat membuat persiapan bersama relawan lain di kolong Blok 450 Tampines Street 42 sebelum ketibaan jemaah bagi solat tarawih pada Rabu. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
GOTONG-ROYONG: Encik Yassin (tengah) giat membuat persiapan bersama relawan lain di kolong Blok 450 Tampines Street 42 sebelum ketibaan jemaah bagi solat tarawih pada Rabu. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI -

SEMANGAT gotong-royong jelas terasa sedang yang tua mahupun muda menyingsing lengan membuat persiapan bagi menyambut kedatangan jemaah yang bakal mendirikan solat tarawih di kolong Blok 450 Tampines Street 42 pada malam Rabu.

Ketika Berita Harian (BH) mengunjungi blok tersebut pada waktu tengah hari, anggota kariah serta relawan muda dilihat bertungkus lumus membentang tikar, membersihkan permaidani, memasang kipas, mengatur kerusi serta mencuci cawan-cawan.

Pengasas bersama kumpulan kariah blok tersebut, Encik Mohd Yassin Samad, 80 tahun, berkata: "Kami rasa lega, alhamdulillah. Penduduk yang datang juga tentu rasa bersyukur kerana yang datang solat di sini kebanyakan adalah warga emas... ada yang datang bertongkat, ada yang datang berkerusi roda."

Kariah di blok tersebut merupakan antara 14 kariah di serata Singapura yang diberi kelulusan untuk meneruskan rancangan mengadakan solat tarawih di kolong blok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg