Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grab sasar pendanaan lagi $2 bilion tahun ini

Apr 8, 2019 | 6:30 PM
PECAH TANAH IBU PEJABAT BARU: (Dari kiri) Pengasas bersama Grab, Cik Tan Hooi Ling, Timbalan Ketua Eksekutif kumpulan Ascendas-Singbridge, Encik Manohar Khiatani, Encik Heng Swee Keat, dan Encik Anthony Tan di acara pecah tanah ibu pejabat baru Grab yang menelan belanja $181.21 juta di One North. - Foto GRAB
PECAH TANAH IBU PEJABAT BARU: (Dari kiri) Pengasas bersama Grab, Cik Tan Hooi Ling, Timbalan Ketua Eksekutif kumpulan Ascendas-Singbridge, Encik Manohar Khiatani, Encik Heng Swee Keat, dan Encik Anthony Tan di acara pecah tanah ibu pejabat baru Grab yang menelan belanja $181.21 juta di One North. - Foto GRAB -

GRAB menetap matlamat mengumpulkan lagi AS$2 bilion ($2.71 bilion) tahun ini, kata ketua eksekutifnya, hanya beberapa minggu selepas syarikat itu mengumumkan pendanaan lebih AS$4.5 bilion. Perkembangan itu bermakna Grab menerima pendanaan privet terbesar di Asia Tenggara. "Kami menjangka mengumpulkan AS$6.5 bilion dalam bentuk modal keseluruhan tahun ini," kata ketua eksekutif Grab Encik Anthony Tan, dalam satu wawancara pada Isnin (8 April), lapor The Straits Times. Tambah Encik Tan, Grab telah menyusun strategi untuk menjadi aplikasi (app) bagi semua perkhidmatan yang digunakan di Asia Tenggara, yang mempunyai sekitar 650 juta penduduk. Dalam kenyataannya menyusuliwawancara itu, Grab berkata ia menjangka melaburkan sebahagian penting pendanaan itu di Indonesia. Matlamat pendanaan terbaru itu pertama kali dilaporkan oleh Reuters. "Pada asasnya, kami menerima sokongan yang penuh keyakinan pada kami... dan Masa berkongsi bahawa SoftBank amat gembira dengan Grab dan SoftBank akan menyediakan sokongan tanpa had untuk menyokong pertumbuhan kami," kata Encik Tan, merujuk kepada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SoftBank Group Corp Encik Masayoshi Son. SoftBank belum lagi memberi komen, apabila akhbar ini dicetak. Pendanaan itu akan dikumpulkan daripada pelabur strategik dan merangkumi campuran hutang dan ekuiti, kata Encik Tan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg