Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grab, Uber didenda sejumlah $13 juta oleh pengawas persaingan ekoran penggabungan Mac lalu

Sep 24, 2018 | 12:53 PM
Ketua eksekutif CCCS Toh Han Li bercakap kepada media di taklimat media mengenai keputusan Grab-Uber.
Ketua eksekutif CCCS Toh Han Li bercakap kepada media di taklimat media mengenai keputusan Grab-Uber. - ST PHOTO: ZHAKI ABDULLAH

SURUHANJAYA Persaingan dan Pengguna (CCCS) telah mendenda syarikat Grab dan Uber sejumlah $13 juta hari ini (24 September) ekoran penggabungan mereka pada Mac, yang menyaksikan penjualan perniagaan Uber di Asia Tenggara kepada Grab untuk kepentingan 27.5 peratus dalam Grab.

Grab didenda sekitar $6.4 juta manakala Uber didenda sekitar $6.58 juta oleh badan pengawas persaingan itu.

Dalam satu kenyataan, CCCS mengulangi keputusannya bahawa kesepakatan antara kedua-dua syarikat itu telah mengurangkan persaingan dan sekali gus telah melanggar Seksyen 54 Akta Persaingan, yang melarang penggabungan yang boleh mengurangkan persaingan dalam mana-mana pasaran di sini.

"Penggabungan yang mengurangkan persaingan secara meluas adalah dilarang dan CCCS telah mengambil tindakan terhadap penggabungan Grab-Uber kerana ia mengetepikan saingan terdekat Grab sehingga menjejas pemandu dan penumpang di Singapura," kata ketua eksekutif CCCS, Toh Han Li.

"Syarikat-syarikat boleh terus berinovasi dalam pasaran ini, melalui cara-cara lain kecuali penggabungan bersifat antipersaingan," tambahnya.

Di samping itu, CCCS juga mengarahkan kedua-dua pihak agar mengurangkan kesan urus niaga tersebut terhadap para pemandu dan penumpang, serta membuka pasaran dan peluang sama rata untuk pemain baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg