Grace Fu: Pantai dibersih 2 kali sehari dalam musim monsun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grace Fu: Pantai dibersih 2 kali sehari dalam musim monsun

Jan 5, 2021 | 5:30 AM

Grace Fu: Pantai dibersih 2 kali sehari dalam musim monsun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
CIK FU: Kebanyakan sampah di pantai Singapura merupakan serpihan dari laut yang dibawa keadaan pasang-surut yang semula jadi. Yang paling kerap dilihat ialah styrofoam, selaput dan kepingan plastik keras.
CIK FU: Kebanyakan sampah di pantai Singapura merupakan serpihan dari laut yang dibawa keadaan pasang-surut yang semula jadi. Yang paling kerap dilihat ialah styrofoam, selaput dan kepingan plastik keras. -

PANTAI Singapura dibersihkan dua kali sehari semasa musim monsun timur laut dan barat daya yang membawa lebih banyak sampah ke pantai pulau ini, kata Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar Grace Fu semalam.

Untuk tempoh selain itu, pantai dibersihkan empat kali seminggu atau sehingga sekali dalam sehari, katanya di Parlimen.

Ini sedang terdapat keprihatinan bahawa masalah sampah laut mungkin menjadi lebih teruk di beberapa negara semasa krisis Covid-19, dengan meningkatnya penggunaan dan pembuangan plastik dan sampah secara sembarangan.

Cik Fu telah menjawab soalan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) yang bertanya bagaimana sampah di pantai Singapura dibersihkan serta jenis sampah apa yang sering dibawa ke pantai di sini.

"Kebanyakan sampah pantai kita merupakan serpihan dari laut yang dibawa oleh keadaan pasang-surut yang semula jadi.

"Yang paling kerap dilihat ialah styrofoam, selaput dan kepingan plastik keras," kata Cik Fu.

Gambar barangan plastik seperti cawan dan botol serta bekas styrofoam yang bersepah di pantai di sini telah timbul pada Ogos lalu dan mencetus persoalan mengenai mengapa keadaannya lebih teruk daripada biasa.

Sekurang-kurangnya satu kumpulan sukarelawan, Best East Coast Cleanup Plan, telah ditubuhkan menerusi aplikasi mesej Telegram untuk memelihara pantai di Singapura.

Lembaga Taman Negara (NParks) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sebelum ini berkata walaupun terdapat lebih ramai orang yang mengunjungi pantai Singapura sejak bulan Jun, jumlah sampah meningkat - sehingga 90 peratus di Taman East Coast pada bulan-bulan tengkujuh berbanding waktu lain tahun ini - kebanyakannya ialah serpihan dari kawasan berdekatan yang dibawa oleh angin dan pasang-surut laut.

Sebilangan besar pengunjung terus mengamalkan adab mengunjungi taman yang baik, dan membuang sampah ke tong sampah yang diperuntuk, kata mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg