Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grace Fu, See Leng, hadiri Rumah Terbuka Sultan Johor

Apr 23, 2023 | 4:00 PM
HADIRI RUMAH TERBUKA: (Dari kiri) Cik Grace Fu; Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar; dan Dr Tan See Leng. - Foto MFA
HADIRI RUMAH TERBUKA: (Dari kiri) Cik Grace Fu; Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar; dan Dr Tan See Leng. - Foto MFA -

DUA menteri Singapura telah menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene, yang berlangsung Sabtu. Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, menghadiri majlis tersebut. Semasa kunjungan itu, Cik Fu dan Dr Tan mengadakan pertemuan bersama dan diikuti dengan makan tengah hari bersama Sultan, Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, dan ahli kerabat diraja. Menurut MFA, lawatan ini menandakan kembalinya tradisi tahunan pemimpin Singapura menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Sultan Johor, berikutan penangguhan selama tiga tahun semasa pandemik Covid-19. Kedua-dua menteri negara ini diiringi pegawai MFA, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), dan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg