Topik diikuti
Pergi ke BHkuGrace Fu: Semangat kesatuan warga, identiti nasional kini lebih kukuh
Grace Fu: Semangat kesatuan warga, identiti nasional kini lebih kukuh
Grace Fu: Semangat kesatuan warga, identiti nasional kini lebih kukuh
TINGKAT KEHIDUPAN WARGA: Cik Fu menggariskan antara usaha yang dijalankan MCCY sepanjang tahun lalu demi membina warga yang prihatin, masyarakat yang padu dan rakyat yang berkeyakinan. - Foto ZAOBAO -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 26, 2019 | 5:30 AM
HAMPIR semua warga Singapura yang ditinjau Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) tahun lalu rasa bangga menjadi rakyat Singapura.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, berkata ini antara lain dirangsang pencapaian negara di lima acara sukan besar tahun lalu termasuk Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan Februari lalu, Sukan Komanwel di Australia April lalu, Sukan Asia di Indonesia Ogos lalu serta Sukan Para Asia di Indonesia dan Sukan Olimpik Belia di Argentina November lalu.
