Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, akan memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC East Coast dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).
Pasukan PAP di East Coast GRC turut menampilkan beberapa calon lain, iaitu Dr Wan Rizal Wan Zakariah; Cik Denise Phua Lay Peng; serta muka baru, mantan Kementerian Kewangan (MOF), Encik Shawn Loh.
Encik Loh menggantikan Menteri Negara (Pertahanan), Encik Heng Chee How, yang telah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar di kejiranan Whampoa lebih 20 tahun.
Encik Heng Chew How tidak akan bertanding dalam GE2025.
Pasukan ini akan berdepan cabaran daripada Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR), sebuah gabungan tiga parti politik – Parti Suara Rakyat (PV), Parti Pembaharuan (RP) dan Parti Progresif Demokratik (DPP).
Menurut semakan terbaru sempadan pilihan raya, GRC Jalan Besar kekal tanpa perubahan dan mempunyai seramai 106,102 pengundi berdaftar.
Dalam GE 2020, pasukan PAP yang ketika itu dipimpin oleh Cik Teo memperoleh 65.37 peratus undi, mengalahkan pasukan dari Parti Suara Rakyat (PV) yang dianggotai oleh Encik Lim Tean, Encik Leong Sze Hian, Encik Nor Azlan Sulaiman dan Dr Michael Fang.
Sebelum itu, dalam pilihan raya 2015, pasukan yang diketuai oleh mantan menteri kabinet, Dr Yaacob Ibrahim, memenangi 67.7 peratus undi dalam pertandingan menentang pasukan daripada Parti Pekerja (WP).
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg