Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guna aplikasi bayar tempat letak kereta bermula esok

Sep 30, 2017 | 5:30 AM
APLIKASI BARU: Melalui aplikasi Parking.sg, pemandu boleh melunaskan bayaran meletak kenderaan melalui kad kredit atau debit. - Foto MCI
APLIKASI BARU: Melalui aplikasi Parking.sg, pemandu boleh melunaskan bayaran meletak kenderaan melalui kad kredit atau debit. - Foto MCI -

MULAI esok, pemandu kereta dan kenderaan pengangkut barangan ringan boleh memuatturunkan dan menggunakan aplikasi alat bijak untuk melunaskan bayaran tempat meletak kereta awam.

Aplikasi Parking.sg, yang boleh didapatkan daripada Apple App Store dan Google Play Store, boleh digunakan di 1,100 tempat meletak kereta yang masih memerlukan kupon.

Melalui aplikasi tersebut, pemandu boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk melunaskan bayaran meletak kenderaan.

Menurut kenyataan bersama Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) semalam, sebagai permulaan, Parking.sg hanya boleh digunakan bagi kenderaan tersebut.

Usaha itu akan dilanjutkan kepada motosikal dan kenderaan berat menjelang akhir tahun.

Sungguhpun aplikasi baru itu dilancar, kupon kertas masih boleh digunakan di tempat meletak kereta demikian.

Aplikasi itu secara automatik mengira bayaran bagi meletak kenderaan bagi tempoh 30 minit.

Namun, jika pemandu tamat sesi lebih awal, mereka akan dikenakan bayaran mengikut setiap minit dan memperolehi bakinya semula.

Aplikasi tersebut juga akan memberi amaran kepada pemandu apabila sesi meletak kereta bakal berakhir. Mereka boleh pilih melanjutkan sesi tersebut dari jauh.

Parking.sg diumum Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Hari Kebangsaan lalu.

HDB dan URA berkata mereka telah memasang papan tanda tambahan di tempat meletak kereta yang akan mencerminkan kod petak letak kereta.

Pemandu kemudian pilih kod melalui aplikasi Parking.sg. Kod itu biasanya terdapat pada papan tanda di pintu masuk tempat meletak kereta tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg