Topic followed successfully
Go to BHkuGuna buku besar untuk tarik minat belajar bahasa ibunda
Premium
Guna buku besar untuk tarik minat belajar bahasa ibunda
Tadika MOE guna kaedah menarik dalam mengajar dan tanam minat dalam tiga bahasa ibunda
Feb 19, 2017 | 5:30 AM
Guna buku besar untuk tarik minat belajar bahasa ibunda
BELAJAR SAMBIL BERMAIN: Pendekatan bermain dengan tujuan atau 'purposeful play' ini akan meluaskan daya imaginasi kanak-kanak sekali gus mereka mempelajari aspek pembelajaran yang diselitkan dalam permainan tersebut. Misalnya, Cik Sharifah Nooraishah sedang membimbing kanak-kanak di Tadika MOE di Punggol View menguruskan wang selaku juruwang dan pelanggan. - Foto ZAOBAO -
PENGGUNAAN buku besar memang sesuatu yang sering dilakukan guru prasekolah dan ada juga di peringkat sekolah rendah bagi menarik minat murid terhadap pembacaan.
Namun lebih daripada itu, di Tadika Kementerian Pendidikan (MOE), kanak-kanak bukan sahaja terdedah kepada perkataan yang digunakan dalam buku besar itu.

