Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guna butir peribadi rakan lain tanpa izin untuk perolehi pelitup: Juruukur marin dijel 7 minggu

Jun 26, 2021 | 5:30 AM
6b808a5b-28e0-42d1-be6a-6b6a7a706d02
-

SEORANG juruukur marin telah mendapatkan maklumat peribadi tujuh rakan kerjanya di tengah-tengah wabak Covid-19 dan menggunakannya untuk menipu Yayasan Temasek untuk mengeluarkan tujuh pelitup muka melalui mesin layan diri.

Yayasan Temasek ialah cabang sosial dan amal syarikat pelaburan Singapura, Temasek.

Menurut laporan The Straits Times, jumlah semua pelitup itu berharga $84.

Warga India, Srinivasan Yuvaraj, 39 tahun, semalam mengaku bersalah atas tuduhan menipu dan dihukum penjara selama tujuh minggu.

Mahkamah telah diberitahu bahawa Yayasan Temasek telah menjalankan skim pembahagian pelitup muka percuma yang keempat di serata negara pada Mac lalu untuk penduduk Singapura semasa pandemik ini.

Srinivasan telah menyimpan senarai nama rakan-rakannya, bersama-sama dengan maklumat peribadi mereka.

Dia kemudian memilih tujuh nama secara rambang dan mencatatkan maklumat mereka, termasuk nombor kad pengenalan atau FIN mereka.

Tanpa pengetahuan atau persetujuan rakan-rakannya itu, dia telah ke mesin layan diri pelitup di Kelab Masyarakat Chua Chu Kang pada 1 Mac dan secara tidak sah memperolehi tujuh pelitup bernilai $12 setiap satu.

Kesalahan Srinivasan diketahui setelah salah seorang rakannya mencuba tetapi gagal menerima pelitup mukanya. Lelaki berusia 53 tahun itu kemudian membuat laporan polis pada 4 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg