MULAI April, orang ramai boleh menggunakan kad ez-link mereka, termasuk kad konsesi, di terminal Nets untuk membuat bayaran di pusat penjaja.

Ini kali pertama dua syarikat pembayaran gergasi setempat - Nets dan EZ-Link - bekerjasama untuk memperluas penerimaan kad ez-link di luar pusat makanan di Jurong West.