Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guna pembesar suara galak ambil suntikan vaksin Covid-19

Aug 7, 2021 | 5:30 AM
GALAK VAKSINASI: Mesej untuk galak warga emas dapat vaksin diuar-uarkan menerusi lori bergerak yang kelilingi kawasan perumahan semalam. - Foto MCI
GALAK VAKSINASI: Mesej untuk galak warga emas dapat vaksin diuar-uarkan menerusi lori bergerak yang kelilingi kawasan perumahan semalam. - Foto MCI -

BEBERAPA lori dengan pembesar suara dilihat mengelilingi kawasan pusat vaksinasi semalam sambil 'menyahut' warga emas mendapatkan suntikan vaksin mereka.

Salah satu lori tersebut telah dilihat di kawasan Woodlands Marsiling semalam.

Mesej yang diuar-uarkan itu disampaikan dalam pelbagai bahasa.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mendorong lebih ramai warga emas mendapatkan suntikan vaksin.

Antara usaha lain yang sedang dijalankan termasuk mengerah pasukan vaksinasi bergerak untuk memberi vaksin kepada warga emas di kawasan berhampiran tempat tinggal mereka, seperti di kelab masyarakat dan pusat masyarakat yang belum digunakan sebagai pusat vaksinasi, atau di pusat jawatankuasa penduduk.

Khidmat itu melengkapi usaha vaksinasi utama di pusat vaksinasi serata Singapura, yang kesemuanya boleh diakses kerusi roda.

Hingga 5 Ogos lalu, seramai 67 peratus penduduk Singapura telah menerima dua vaksin penuh di bawah program vaksin nasional, dan 78 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Buat masa ini, sekitar 76 peratus warga emas berusia 70 tahun ke atas telah menerima dua vaksin penuh dan 82 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas juga boleh pergi ke mana-mana pusat vaksinasi - tanpa perlu membuat janji temu terlebih dahulu - untuk menerima dos vaksinasi pertama, dengan membawa kad pengenalan mereka, atau berjumpa doktor di mana-mana Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) atau poliklinik yang mengambil bahagian.

Mereka yang tidak dapat pergi ke pusat vaksinasi boleh memohon untuk menerima vaksinasi di rumah dengan menelefon Pejabat Generasi Warga Emas di 1800-650-6060.

Untuk menyasarkan perkhidmatan ini kepada warga emas yang benar-benar memerlukannya, ia disediakan khusus bagi mereka yang tidak dapat ke luar rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg