Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Guna SimplyGo EZ-Link untuk tambang bas, tren mulai 1 Jun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna SimplyGo EZ-Link untuk tambang bas, tren mulai 1 Jun

Jan 09, 2024 | 08:03 PM



Mulai 1 Jun ini, penumpang tidak akan dapat menggunakan kad lama EZ-Link yang tidak mempunyai logo SimplyGo atau kad Nets FlashPay untuk membayar tambang bas awam dan kereta api.

Mereka perlu menggunakan kad SimplyGo EZ-Link, kad bank tanpa sentuh atau kad pembayaran yang ditambah pada dompet mudah alih mereka.

Kedua-dua jenis kad lama itu yang dihentikan secara beransur-ansur, tidak menjejas penumpang yang menggunakan kad konsesi, termasuk warga emas dan pelajar, lapor The Straits Times (ST).


Langkah itu bertujuan memberi penumpang pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan mudah.

Mulai 1 Jun, kad lama EZ-Link hanya boleh digunakan untuk bayaran berkaitan kenderaan seperti Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP)  dan bayaran tempat letak kereta.

Bagaimanapun, ia tidak boleh digunakan untuk membayar pembelian di kedai dan pasar raya.

Kad Nets FlashPay boleh terus digunakan untuk bayaran berkaitan kenderaan dan di kedai, selepas tarikh tamat tempoh itu.

Mengumumkan perubahan itu pada 9 Januari, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan dua dalam tiga transaksi tambang dewasa di pengangkutan awam hari ini dibuat dengan sistem SimplyGo, yang membolehkan penumpang mengguna kad bank tanpa sentuh, iaitu, kad MasterCard, Visa dan Nets, atau kad SimplyGo EZ-Link untuk membayar tambang pengangkutan awam.

Sistem tersebut, yang dilancarkan pada 2019, juga membolehkan pengguna melihat sejarah transaksi tambang mereka, menambah nilai kad melalui telefon bimbit, dan menyekat kad yang hilang untuk mencegah transaksi kad tanpa kebenaran.

“Dengan penggunaan kaedah pembayaran SimplyGo yang kian meningkat, dan sistem tiket lama berasaskan kad bagi penumpang dewasa kini menghampiri penghujung tempoh operasinya, kami sedang mengalihkan semua penumpang dewasa kepada wadah SimplyGo,” jelas LTA.

Dari 19 Januari hingga 18 Julai, penumpang boleh menukar kad Nets FlashPay mereka kepada Kad Prabayar Nets secara percuma di Pejabat Tiket SimplyGo yang terletak di stesen MRT dan pusat pertukaran bas.

Dalam satu kenyataan, Nets menyatakan pemulangan baki nilai kad lama boleh juga boleh dibuat di mesin ATM bank tempatan atau di Pusat Khidmat Pelanggan Nets di Braddell dalam masa setahun dari tarikh tamat tempoh kad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >