Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guna teknologi, sains sukan bawa urut tradisi ke tahap lebih tinggi

Oct 10, 2022 | 5:30 AM
TERUS TINGKAT KEMAHIRAN: Encik Sarhan Hamzah memperluas lagi kemahiran dengan kemudahan sains sukan agar dapat memberikan khidmat terbaik kepada pelanggannya. - Foto BH oleh KHALID BABA
TERUS TINGKAT KEMAHIRAN: Encik Sarhan Hamzah memperluas lagi kemahiran dengan kemudahan sains sukan agar dapat memberikan khidmat terbaik kepada pelanggannya. - Foto BH oleh KHALID BABA -

DENGAN kemajuan dalam teknologi serta kemudahan dan perkhidmatan sains sukan, Encik Sarhan Hamzah percaya ia mampu membantu membawa khidmat urut tradisional ke peringkat yang lebih tinggi.

Sejak mengasah kemahirannya sebagai tukang urut tradisional hampir 10 tahun, beliau rajin mengikuti kursus baru bagi mempertingkatkan lagi kemahirannya dalam bidang ini.

Encik Sarhan, 36 tahun, merupakan sebahagian ramai anak muda, termasuk golongan milenial yang kian berjinak-jinak dalam menyediakan khidmat terapi urut tradisional mahupun moden.

Minatnya dalam bidang urut tradisional ini mula berputik selepas menyedari bahawa kemahiran tersebut amat bermanfaat dan mempunyai permintaan yang tinggi.

"Saya belajar tentang urut tradisional 'kampung' daripada guru silat saya pada 2012. Sejak 2014, saya bersemangat untuk terus mempertingkatkan kemahiran saya," kata beliau, yang kini menguruskan syarikatnya, Shiraz Hijama Therapy, menawarkan pelbagai khidmat perubatan tradisional dan moden seperti bekam, akupunktur, urut tisu lapisan dalam serta perkhidmatan ruqyah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg