Topik diikuti
Pergi ke BHkuGuna tenaga belia perangi ideologi pengganasan di media sosial
Jan 13, 2016 | 5:30 AM
Guna tenaga belia perangi ideologi pengganasan di media sosial
PEMERINTAH harus mula memanfaatkan golongan belia yang sering menggunakan media sosial dalam usaha memerangi keganasan kerana ia menjadi wadah utama yang digunakan kumpulan IS untuk menyebarkan propagandanya.
Itulah yang dikemukakan oleh Pengarah, Institut Pengajian Dasar Konflik, Indonesia, Cik Sidney Jones, salah seorang daripada dua anggota panel bagi sesi Memahami Ekstremisme dan Akibatnya di Asia Tenggara, dalam Forum Pandangan Serantau 2016 di Hotel Shangri-La semalam.