Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guna Visa bayar tambang mulai 6 Jun

May 16, 2019 | 4:24 PM
SIMPLYGO: Penumpang yang menggunakan sistem SimplyGo hanya perlu menyentuh kad atau telefon bijak mereka yang dilengkapi dengan Apple Pay, Fitbit Pay, Google Pay atau Samsung Pay pada gantri stesen kereta api atau apabila naik dan turun bas.
SIMPLYGO: Penumpang yang menggunakan sistem SimplyGo hanya perlu menyentuh kad atau telefon bijak mereka yang dilengkapi dengan Apple Pay, Fitbit Pay, Google Pay atau Samsung Pay pada gantri stesen kereta api atau apabila naik dan turun bas. - Foto THE NEW PAPER

LEBIH ramai penumpang boleh membayar tambang kereta api dan bas dengan menggunakan kad kredit atau telefon bimbit mereka tidak lama lagi.

Ini menyusuli langkah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memperluas sistem SimplyGo mereka agar ia dapat turut dimanfaatkan pengguna kad Visa mulai 6 Jun.

Sistem yang diperkenal pada 4 April lalu itu kini hanya boleh digunakan pengguna Mastercard.

Pengarah kumpulan kanan bagi pengangkutan awam di LTA, Encik Yeo Teck Guan, berkata mereka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penumpang sejauh ini.

"Kami dapat melihat ramai orang menggunakannya sejak ia dilancarkan, dengan lebih 120,000 perjalanan secara purata sehari.

"Dengan menawarkannya kepada pengguna Visa juga, lebih ramai penumpang akan meraih manfaat," kata Encik Yeo.

SimplyGo menghubungkan kad kredit atau debit pengguna kepada penyedia khidmat pengangkutan.

Ini bermakna penumpang tidak lagi perlu membawa kad perjalanan berasingan atau membuat tokokan tambang sebelum menaiki pengangkutan awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg