Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Gunting' kembali perjelas dasar pemerintah dalam format berbeza

Sep 30, 2022 | 7:16 PM
FORMAT BARU: Drama 'Gunting: Permulaan Baru' kembali dalam bentuk berbeza - siri web dan telefilem - untuk memperjelas pelbagai dasar pemerintah dan langkah sokongan bagi warga.
FORMAT BARU: Drama 'Gunting: Permulaan Baru' kembali dalam bentuk berbeza - siri web dan telefilem - untuk memperjelas pelbagai dasar pemerintah dan langkah sokongan bagi warga. - Foto DDB Group Singapore

SEKITAR lima tahun selepas ditayangkan buat kali pertama, drama Gunting kembali bersiaran hari ini, namun dalam bentuk yang berbeza sedikit.

Dua episod siri web drama Gunting: Permulaan Baru akan dimuat naik pada 6 petang setiap minggu di laman YouTube Gov.sg dari hari ini hingga 21 Oktober.

Sementara itu, telefilemnya akan disiarkan di saluran Suria pada 21 Oktober, 9 hingga 10 malam.

Menurut kenyataan DDB Group Singapore, siri web itu menyasarkan golongan lebih muda dan mengandungi dialog dalam bahasa Inggeris serta beberapa jalan cerita yang sesuai bagi golongan belia.

Sementara itu, telefilemnya pula merupakan ringkasan siri web dengan beberapa adegan tambahan yang telah dipilih dan disusun bagi penonton Suria.

Diterbitkan oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) yang juga bergabung dengan Tribal Wordwide Singapore dan pengarah filem M. Raihan Halim daripada Papahan Films, drama itu mengisahkan tentang Hisyam (lakonan Hisyam Hamid) yang menerajui kedai gunting rambut lelaki Salihin & Sons (S&S) setelah penghijrahan rakan zaman kanak-kanak dan pengasas bersama, Taufik, yang pernah dilakonkan oleh Taufik Batisah.

Gunting: Permulaan Baru bertujuan meningkatkan lagi kesedaran tentang inisiatif pemerintah seperti program SGUnited Jobs & Skills dan Screen for Life, serta langkah sokongan seperti baucar CDC.

Siri tahun ini juga bertujuan memberi panduan tentang cara melindungi diri daripada menjadi mangsa pelbagai sindiket penipuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg