Topic followed successfully
Go to BHkuGuru agama, mengaji Quran belum berdaftar akan terus dibantu
Premium
Guru agama, mengaji Quran belum berdaftar akan terus dibantu
Jan 7, 2017 | 5:30 AM
Guru agama, mengaji Quran belum berdaftar akan terus dibantu
USTAZ IRWAN HADI: Matlamat Muis dan ARB adalah membantu seramai mungkin guru agama dan guru mengajar Al-Quran yang belum menjalani latihan rasmi agar mendapatkan kelayakan yang diperlukan. - Foto fail -
LEMBAGA Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus mengambil langkah membantu guru agama yang belum berdaftar dengan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) menyertai skim mandatori itu.
Menurut Penolong Pengarah Pejabat Mufti dan Pembangunan Asatizah di Muis, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, mereka akan berusaha membantu seberapa banyak yang mampu sehingga guru agama itu berjaya mendapatkan kelayakan yang diperlukan bagi menyertai skim tersebut.
