Guru daripada sekolah rendah dan menengah telah meneroka penggunaan kecerdasan buatan generatif (Gen AI) untuk mengolah artikel Berita Harian (BH) agar menjadi bahan pengajaran interaktif pada 20 November.

Seramai 80 guru menyertai Bengkel AI anjuran BH itu di Auditorium SPH Media yang terletak di Toa Payoh North.

Dikendalikan oleh jurulatih StoryLab Academy, bengkel berbentuk amali itu memberi peserta peluang mencuba sendiri alat AI seperti ChatGPT dan Gemini Notebook untuk mengolah kandungan artikel berita menjadi bahan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam bilik darjah.

Ketua Subjek/Sokongan Pendidikan di Sekolah Menengah Woodlands Ring, Encik Zulhafiz Zainal, turut berkongsi pengalaman beliau menerapkan teknologi itu dalam pengajaran di bilik darjah.

Latihan tersebut diharap dapat melengkapkan guru dengan kemahiran praktikal untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut tahap kebolehan dan keperluan pembelajaran pelajar.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti