SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Guru bakal nikmati kenaikan gaji sehingga 9 peratus

Guru bakal nikmati kenaikan gaji sehingga 9 peratus

Aug 18, 2015 | 2:06 PM

Guru bakal nikmati kenaikan gaji sehingga 9 peratus

-

GURU bukan siswazah akan menikmati tangga kerjaya dan dibayar struktur gaji sama seperti rakan-rakan kerja mereka yang memiliki kelayakan siswazah mulai Oktober ini, kata Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini, Selasa.

Mulai bulan tersebut juga, sehingga 30,000 guru akan menerima kenaikan gaji bulanan sebanyak antara 4 peratus hingga 9 peratus untuk memastikan ia setaraf dengan gaji pasaran.

Semua guru terlatih juga akan menerima bayaran khas tahunan antara $500 hingga $700 tunai pada setiap September mulai 2016.

MOE berkata: "Ini untuk memberi isyarat betapa pentingnya kerjaya guru, dan menunjukkan komitmen kami dalam menarik dan mengekalkan guru-guru bermutu."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg