Premium
Guru dapat anugerah bersama dua bekas pelajar
Nov 13, 2017 | 5:30 AM

BANGGA BEKAS PELAJAR BERJAYA: Dr Mohd Pitchay Gani Abdul Aziz (tengah) gembira apabila sumbangan dua bekas pelajarnya, Cik Nurhiza Mohamed (kiri) dan Encik Djohan Abdul Rahman, dalam melestarikan bahasa Melayu, sama-sama diiktiraf di majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) kelmarin. - Foto BH oleh AYUN ABDUL KARIM -
MASIH segar di ingatan pendidik Institut Millennia, Dr Mohd Pitchay Gani Mohd Abdul Aziz, betapa sedih seorang pelajar di Institut Pendidikan Nasional (NIE) tatkala menerima markah tugasan esei pertama.
Pelajar itu, Cik Nurhiza Mohamed, menitiskan air mata kerana tidak sangka pensyarahnya itu menetapkan jangkaan yang amat tinggi buat semua guru pelatih di bawah bimbingannya.

