Guru lelaki didakwa cabul kehormatan budak di sekolah rendah
Guru lelaki didakwa cabul kehormatan budak di sekolah rendah
SEORANG guru sekolah rendah yang mencabul kehormatan seorang murid perempuan ketika budak itu tujuh tahun didakwa dengan kesalahan mencabul di mahkamah daerah pada 28 Oktober.
Kesnya kemudian ditunda pada 11 November.
Lelaki yang tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah dan bagi melindungi identiti budak itu kini berusia 54 tahun.
Dalam satu kenyataan kepada akhbar The Straits Times pada Selasa (1 November), Kementerian Pendidikan (MOE) berkata lelaki itu telah diberhentikan daripada tugasnya sejak April 2021 dan tidak lagi mengajar di sebarang sekolah.
Jurucakap MOE berkata: "MOE mengambil serius kesalahan tingkah laku kakitangannya dan tidak teragak-agak mengambil tindakan disiplin ke atas sesiapa yang gagal mengikut tatacara kelakuan dan disiplin, termasuk diberhentikan daripada khidmatnya."
Lelaki ini dikatakan telah meletakkan tangannya pada skirt budak itu untuk menyentuh kemaluannya di sekolah itu pada 2015.
Tidak dinyatakan jika budak itu bersekolah di situ pada masa itu.
Di atas kesalahan mencabul kehormatan budak berusia di bawah 14 tahun, seorang pesalah boleh dipenjara hingga lima tahun, didenda, dirotan atau menerima gabungan hukuman berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki ini tidak boleh dirotan kerana usianya melebihi 50 tahun.

