Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guru prasekolah dituduh dera kanak-kanak 4 tahun

Nov 22, 2022 | 5:30 AM
48f7b989-c088-43a1-b23f-fe56b13dfc6d
- CMG

SEORANG guru prasekolah berusia 51 tahun mengaku bersalah atas satu tuduhan mendera kanak-kanak berusia empat tahun.

Guru itu ditugaskan menjaga kanak-kanak berkeperluan khas dan mendera seorang budak lelaki secara fizikal dan berbohong apabila ditanya mengenai kesan calar di leher mangsa.

Satu lagi tuduhan menggunakan kekerasan ke atas kanak-kanak itu akan diambil dalam pertimbangan ketika hakim menjatuhkan hukuman.

Tertuduh mula bekerja di sekolah itu pada 2013 dan mengajar bahasa Mandarin. Tugasnya termasuk memandikan dan memberi makan kanak-kanak serta membantu mereka bermain di luar.

Dia mula mengajar mangsa pada 2020 dan menyedari bahawa budak lelaki itu, yang kini berusia enam tahun, lambat pertuturan dan dinilai pada 2017 berkemungkinan menghidap autisme.

Pada kira-kira 12.30 tengah hari 2 Disember 2020, tertuduh mengiringi mangsa ke bilik untuk tidur siang.

Dia cuba menidurkan mangsa tetapi gagal berbuat demikian, dan kerana dia letih dan tidak makan tengah hari, dia tidak berpuas hati.

Guru itu menarik bahu budak lelaki itu dan menolaknya hingga berguling di atas lantai.

Dia turut menarik telinga mangsa dan mencakar lehernya.

Guru lain telah mendengar budak itu menangis semasa kejadian dan situasi itu telah dirakam oleh kamera di dalam bilik.

Ibu mangsa membuat aduan kepada prasekolah selepas dia melihat beberapa calar di leher mangsa.

Guru itu juga berbohong kepada pengetua pada hari yang sama.

Namun dia telah ditunjukkan rakaman kamera.

Keesokan hari, pengetua beritahu ibu bahawa guru itu mengaku telah bertindak kasar kepada budak itu.

Budak itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan perubatan pada 4 Disember dan laporan polis dibuat ibunya pada 5 Disember.

Guru itu telah dipecat pada 4 Disember, dan bil perubatan budak itu diuruskan oleh prasekolah.

Guru itu ditahan 21 Julai tahun ini.

Kerana mendera kanak-kanak itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga lapan tahun dan didenda sehingga $8,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg