Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guru yang bayar bagi khidmat urut dengan wang palsu gagal rayuannya

Jun 25, 2018 | 7:59 PM
GUNA WANG PALSU: Daniel Wong didapati bersalah selepas perbicaraan selama 12 hari dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun November lalu.
GUNA WANG PALSU: Daniel Wong didapati bersalah selepas perbicaraan selama 12 hari dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun November lalu. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SEORANG guru sekolah menengah yang membuat dua wang nota palsu $100 dan menggunakannya untuk membayar khidmat urut daripada seorang wanita yang ditemuinya di Orchard Towers, memulakan hukuman penjara selama tiga tahun hari ini (25 Jun) selepas gagal dalam rayuannya.

Daniel Wong Mun Meng, 44 tahun, gagal meyakinkan seorang hakim Mahkamah Tinggi bahawa dia membuat wang nota itu sebagai alat mengajar pelajarnya mengenai topik tukaran mata wang.

Alasan Wong bahawa dia mahu menggunakan nota palsu itu sebagai bahan menyambut Hari Matematik sekolahnya - kerana ia menggambarkan belia daripada kumpulan berseragam dan sejajar dengan tema SG50 acara itu - juga ditolak.

Wong didapati bersalah selepas perbicaraan selama 12 hari dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun November lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg