Topik diikuti
Pergi ke BHkuHab masyarakat bakal dibina di Sembawang
Premium
Hab masyarakat bakal dibina di Sembawang
Aug 15, 2015 | 11:22 AM
Hab masyarakat bakal dibina di Sembawang
ENCIK KHAW: Projek hab masyarakat sudah dalam perancangan berdasarkan permintaan ramai penduduk kawasan Sembawang dan maklum balas yang diterima semasa kunjungan ke rumah mereka. - Foto TUKIMAN WARJI -
PENDUDUK Sembawang berpeluang memanfaatkan hab masyarakat baru yang bakal dibina di kawasan tersebut yang menyatukan prasarana untuk kemudahan penduduk termasuk sebuah kompleks renang, pusat penjaja baru, poliklinik, serta pusat jagaan kanak-kanak dan warga perintis.
Demikian didedahkan Menteri Pembangunan Negara, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Encik Khaw Boon Wan, semasa sesi sembang bersama penduduk atau Kopi-Chat yang diadakan semalam.
