Had lima orang bagi perhimpunan sosial antara langkah Covid-19 baru S'pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Had lima orang bagi perhimpunan sosial antara langkah Covid-19 baru S'pura

May 4, 2021 | 8:07 PM

Had lima orang bagi perhimpunan sosial antara langkah Covid-19 baru S'pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Langkah masyarakat tambahan akan berkuatkuasa dari 8 Mei hingga 30 Mei.
Langkah masyarakat tambahan akan berkuatkuasa dari 8 Mei hingga 30 Mei. - Foto Fail ST

SEKATAN lebih ketat akan dilaksanakan untuk melindungi masyarakat daripada penyebaran Covid-19 yang kian meningkat di Singapura. Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 pada Selasa (4 Mei) mengumumkan langkah masyarakat tambahan yang akan berkuatkuasa dari 8 Mei hingga 30 Mei. Individu dinasihatkan agar menyertai paling banyak dua perhimpunan sosial sehari. Setiap isi rumah boleh menerima lima pengunjung sehari, turun daripada lapan. Tempat berisiko tinggi, seperti gim dan studio kecergasaan dalam ruang tertutup akan ditutup. Majikan perlu memastikan tidak lebih 50 peratus pekerja yang boleh bekerja dari rumah kembali ke tempat kerja pada satu-satu masa, turun daripada 75 peratus kini. Pengujian sebelum acara diperlukan jika terdapat lebih 100 hadirin pada satu-satu masa di khidmat jemaah dan keagamaan lain. Khidmat tersebut harus dihadkan pada 250 hadirin. Majlis pernikahan dan perkahwinan boleh diteruskan dengan jumlah 250 hadirin, dalam zon hingga 50 hadirin setiap satu. Pengujian sebelum acara diperlukan bagi semua hadirin, termasuk pengantin, bagi majlis melibatkan lebih 50 hadirin. Upacara pengebumian perlu dihadkan ke tidak lebih 30 orang, turun daripada 50 kini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg