Premium
Hadiah Sastera S'pura: 10 penulis Melayu dalam senarai
Hadiah Sastera SingapuraSLPDjohan A RahmanFarihan Bahronadam fadilaSharifah MohamedHassan Hasaa'Ree AliAhmad Mohd Tahirpeter augustine gohYazid HusseinHamed Ismail
Jun 20, 2018 | 5:30 AM
HADIAH SASTERA SINGAPURA 2018: Penulis (dari kiri) Cik Sharifah Mohamed, Encik Farihan Bahron, Encik Hamed Ismail, Encik Adam Fadila dan Encik Djohan A. Rahman merupakan antara 10 penulis buku bahasa Melayu yang disenaraikan dalam anugerah Hadiah Sastera Singapura 2018. - Foto BH oleh SONG TAO -
KISAH penari yang terakam dalam novel Bunga Tanjong dan kisah seniman melalui penderaan jiwa ketika berkarya dalam Tika Aksara Menari merupakan antara karya yang telah disenarai pendek untuk Hadiah Sastera Singapura (SLP) 2018.
Majlis Buku Singapura semalam dalam sidang akhbar telah mengumumkan senarai nama 50 penulis Singapura, berkarya dalam empat bahasa yang akan bersaing bagi hadiah kesusasteraan terbaik di acara anugerah SLP pada 6 Ogos ini yang bakal diadakan di Auditorium Stephen Riady.

