Hadiah utama $500,000 diberi kepada inisiatif pembangunan untuk basmi kemiskinan di Singapura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hadiah utama $500,000 diberi kepada inisiatif pembangunan untuk basmi kemiskinan di Singapura

May 5, 2023 | 1:30 PM

Hadiah utama $500,000 diberi kepada inisiatif pembangunan untuk basmi kemiskinan di Singapura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pasukan Inisiatif Keluarga Diperkasakan (EFI) meraikan kejayaan mereka setelah dinamakan pemenang utama pertandingan =Dreams Asia Breakthrough.
Pasukan Inisiatif Keluarga Diperkasakan (EFI) meraikan kejayaan mereka setelah dinamakan pemenang utama pertandingan =Dreams Asia Breakthrough. - Foto ST

SEBUAH pasukan yang, antara lain, ingin bekerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial untuk menambah bilangan penerima bantuan yang mereka jangkau ialah pemenang hadiah utama $500,000 bagi satu pertandingan yang diadakan buat julung kalinya untuk membasmi kemiskinan. Pasukan Inisiatif Keluarga Diperkasakan (EFI) menjadi pemenang utama pertandingan =Dreams Asia Breakthrough bagi inisiatif pembangunan mereka yang bertujuan "melabur" dalam aspirasi dan rancangan keluarga berpendapatan rendah untuk memperbaiki keadaan hidup mereka. Bercakap mengenai kemenangan mereka, Cik Siti Adriana Muhammad Rasip, Ketua Pasukan bagi Pasukan EFI, berkata: "Ia sebenarnya sangat tidak dijangka, kerana kumpulan lain semuanya begitu kreatif dengan idea yang sangat, sangat inovatif. Tetapi kami juga gembira kerana pembiayaan ini akan membantu kami meningkatkan skala dan memberi manfaat kepada lebih banyak keluarga.

"Peringkat seterusnya yang kami mahu lakukan ialah bekerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial. Strategi skala kami adalah untuk meningkatkan skala dan meluaskan skala. Meningkatkan skala adalah tentang menaikkan bilangan penerima bantuan, manakala meluaskan skala adalah untuk melakukan perdampingan melalui pembiayaan ini. "Kami juga akan memberi pembiayaan kepada agensi perkhidmatan sosial untuk merintis EFI dalam agensi mereka. Melaksanakannya bersama-sama akan membolehkan amalan masyarakat untuk belajar daripada satu sama lain, yang merupakan anjakan daripada cara kita melakukan bantuan sosial. "Pertandingan ini membuat saya sedar bahawa terdapat banyak idea inovatif untuk dicuba dalam membasmi kemiskinan. Jika bukan kerana pertandingan ini yang memberi kami peluang mencuba idea-idea inovatif, kami tidak akan mencuba idea kami, walaupun kami mempercayainya." Majlis penyampaian anugerah itu diadakan pada Khamis di hotel Parkroyal Collection Pickering. Pertandingan seluruh negara itu menawarkan hadiah utama $500,000 untuk huraian inovatif bagi membasmi kemiskinan di Singapura. Pertandingan bermula pada Mei tahun lalu dengan 63 pasukan mengemukakan konsep baru untuk mengurangkan kemiskinan di Singapura. Kemudian, 25 pasukan telah dijemput untuk membentangkan idea mereka kepada panel hakim pada September lalu. Daripada situ, lapan pasukan telah disenarai pendek dan diberi pembiayaan awal sebanyak $25,000 untuk membangunkan lagi huraian dan bukti konsep mereka dalam tempoh enam bulan, di mana mereka melakukan kajian tindakan dengan benefisiari mereka, dan mempunyai akses kepada mentor, bakal pembiaya, dialog dengan penggubal dasar dan sesi bimbingan yang lain. Pertandingan itu juga berfungsi sebagai wadah untuk meningkatkan kesedaran tentang situasi kemiskinan di Singapura, melalui bengkel khusus dan bimbingan untuk peserta, dan melalui kempen media sosial untuk orang ramai. Diketuai oleh Editor Kelana akhbar The Straits Times (ST), Encik Han Fook Kwang, sebuah panel lapan hakim yang mewakili dermawan, ahli akademik, usahawan sosial dan penggubal dasar menobatkan Pasukan EFI sebagai pemenang utama pertandingan itu. "Kami mencari huraian besar yang akan membawa perubahan kepada masalah kemiskinan. Pasukan mesti mempunyai rancangan yang boleh dilaksanakan dengan bajet yang realistik untuk dilancarkan dalam tempoh tiga tahun. Pelan itu mesti boleh dilaksanakan oleh pretubuhan sedia ada dan Pusat Khidmat Keluarga Singapura, perusahaan sosial dan badan amal. Paling penting, ia mesti merupakan huraian besar yang inovatif, mencapai keputusan yang tidak boleh dicapai dalam cara semasa. Jadi saya sangat gembira untuk melaporkan bahawa ia adalah keputusan hampir sebulat suara oleh para hakim untuk meletakkan EFI di atas senarai," kata Encik Han. Sebutan khas juga diberikan kepada Pasukan Lekker Architects dan Pasukan Elevate the Streets. Pasukan Lekker Architects mahu meningkatkan mobiliti ke atas dalam kalangan belia yang kurang sumber di Singapura melalui teknologi VR dan bilik darjah digital yang membolehkan pelajar mencipta dan meneroka dunia yang mereka reka dan cipta sendiri, manakala Pasukan Elevate the Streets bertujuan mencipta seni jalanan yang mampan sebagai strategi teras penglibatan belia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg