Topik diikuti
Pergi ke BHkuHaiwan korban tiba di Masjid Al-Istighfar, Masjid Omar Salmah, Masjid Tentera Diraja
Haiwan korban tiba di Masjid Al-Istighfar, Masjid Omar Salmah, Masjid Tentera Diraja
Haiwan korban tiba di Masjid Al-Istighfar, Masjid Omar Salmah, Masjid Tentera Diraja
Kambing biri-biri dan domba yang diimport dari Australia telah dihantar ke tiga masjid – Al-Istighfar, Omar Salmah dan Tentera Diraja – yang akan menjalankan ibadah korban.
Ia sebahagian daripada 1,100 ekor haiwan ternakan yang dibawa ke Singapura oleh pembekal dan pengendali haiwan korban, Aliyah Rizq Holdings.
Baki kambing yang dibawa masuk dihantar ke tadika Muhammadiyah dan Rumah Peralihan Pertapis.
Ibadah korban akan dijalankan di empat masjid tahun ini sempena Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei.
Selain tiga masjid yang dinyatakan itu, ibadah korban turut diadakan di Masjid Jamae Chulia yang dikendalikan oleh AgroMasters Pte Ltd.
Berita Harian (BH) menyaksikan ketibaan haiwan korban di Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi (CAC) dan selanjutnya di Masjid Al-Istighfar pada sekitar 3 pagi, serta majlis aqiqah di Masjid Omar Salmah pada 26 Mei.
