Premium
Hakim Besar lantik empat Peguam Kanan baru
Jan 8, 2019 | 5:30 AM
DIIKTIRAF SEBAGAI ANTARA PEGUAM TERBAIK: (Dari kanan) Encik Siraj, Encik Foo dan Encik Vijayendran setelah dilantik sebagai Peguam Kanan semalam. - Foto BH oleh DESMOND FOO -
PRESIDEN Persatuan Guaman Singapura, Encik Gregory Vijayendran dan Encik Siraj Omar, yang mengetuai amalan pertikaian komersial di firma guaman Premier Law LLC, merupakan antara empat individu yang dilantik sebagai Peguam Kanan Mahkamah Agung Singapura semalam.
Encik Vijayendran, 50 tahun, Encik Siraj, 46 tahun, serta dua mantan suruhanjaya kehakiman Mahkamah Agung, Encik Foo Chee Hock, 58 tahun dan Cik Foo Tuat Yien, 65 tahun, telah dilantik sebagai Peguam Kanan.

