Topic followed successfully
Go to BHkuHakim Chan Seng Onn dilantik Hakim Kanan, dua Hakim Antarabangsa baru turut dilantik
Hakim Chan Seng Onn dilantik Hakim Kanan, dua Hakim Antarabangsa baru turut dilantik
Hakim Chan Seng Onn dilantik Hakim Kanan, dua Hakim Antarabangsa baru turut dilantik

HAKIM Mahkamah Tinggi Chan Seng Onn akan menjadi Hakim Kanan Mahkamah Agung Januari depan, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.
Sementara itu, Hakim Jepun Yuko Miyazaki akan menjadi Hakim Antarabangsa bagi Mahkamah Komersial Antarabangsa Singapura (SICC) dari 5 Januari depan hingga 4 Januari 2024.
Hakim Amerika Christopher Scott Sontchi pula akan menjadi Hakim Antarabangsa SICC dari 4 Julai depan hingga 4 Januari 2024.
Pelantikan ini diumumkan dalam satu kenyataan oleh PMO.
Secara berasingan, pelantikan dua hakim akan dilanjutkan dan dua Hakim Kanan akan dilantik semula.
Pelantikan Hakim Judith Prakash, Hakim Rayuan wanita pertama dan satu-satunya di Singapura, akan dilanjutkan selama dua tahun selepas penggal semasanya berakhir pada 18 Disember.
Pelantikan Hakim Divisyen Rayuan Woo Bih Li akan dilanjutkan tiga tahun lagi selepas penggal semasa beliau berakhir pada 30 Disember.
Hakim Andrew Ang dan Hakim Lai Siu Chiu - hakim wanita pertama bagi Mahkamah Agung - akan dilantik semula sebagai Hakim Kanan, dengan penggal baru mereka bermula pada 5 Januari depan.
Dengan pelantikan itu, Mahkamah Agung akan mempunyai 28 hakim, termasuk Hakim Besar empat Hakim Rayuan, bersama seorang Pesuruhjaya Kehakiman, empat Hakim Kanan dan 18 Hakim Antarabangsa.

