Premium
Hakim Mahkamah Agung akan semak perintah tahanan
Akta Undang-Undang Jenayah yang benarkan tahanan tanpa bicara dilanjut
Feb 7, 2018 | 5:30 AM

-
JAWATANKUASA penasihat bebas yang menyemak perintah penahanan jenayah dan penyelidikan polis akan dipengerusikan hakim di Mahkamah Agung mulai Mac ini, kata Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.
Berhujah semasa perbahasan tentang Rang Undang-Undang (Pindaan) (Peruntukan Sementara) Undang-undang Jenayah (CLTPA) di Parlimen semalam, Encik Shanmugam, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri, berkata langkah itu akan memperkukuh proses di bawah Rang Undang-Undang tersebut.

