Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hala tuju baru untuk mudahkan warga terima bantuan

Jul 13, 2022 | 9:40 PM
MUDAHKAN WARGA: Encik Lee (kedua dari kiri) semasa satu sesi dialog sempena sidang puncak khidmat sosial tahunan di mana sebuah peta hala tuju lima tahun yang bertujuan memudahkan warga terima bantuan dilancarkan.
MUDAHKAN WARGA: Encik Lee (kedua dari kiri) semasa satu sesi dialog sempena sidang puncak khidmat sosial tahunan di mana sebuah peta hala tuju lima tahun yang bertujuan memudahkan warga terima bantuan dilancarkan. - Foto MSF

SEKTOR sosial ingin menangani jurang yang menjadikannya sukar buat warga Singapura mendapatkan bantuan yang diperlukan, termasuk ketidakcekapan yang menyebabkan sesetengah keluarga susah perlu mendekati pelbagai agensi untuk mendapatkan bantuan di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) menggariskan langkah yang ingin diambilnya dalam peta hala tuju lima tahun yang baru, juga dikenali sebagai 4ST, yang dilancarkan hari ini (13 Julai).

Semasa berucap di pelancaran peta hala tuju itu, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata sektor itu harus beralih ke arah pendekatan berteraskan pengguna dan keluarga daripada pendekatan yang lebih berteraskan agensi atau program.

Encik Lee yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial berkata ekosistem khidmat sosial di Singapura telah berkembang menjadi lebih kukuh dan berkesan namun isi rumah di sini masih perlu mendekati pelbagai agensi dan pertubuhan berbeza untuk memenuhi keperluan mereka.

"Kebanyakan agensi dan rakan kerja masyarakat kita tertumpu pada bidang tertentu seperti penjagaan kesihatan atau pendidikan, atau golongan tertentu seperti belia atau warga emas dan ini boleh difahami, untuk membina kepakaran yang mendalam.

"Namun ini juga bermakna seringkali, tiada satu agensi atau rakan kerja masyarakat yang boleh membantu sesebuah keluarga mengatasi semua cabaran mereka yang berbeza, secara sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, sektor itu akan mendapat lebih banyak sokongan dengan penubuhan dana baru berjumlah $5 juta oleh NCSS tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg