Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Halimah: Yakin rakyat upaya sahut cabaran pasaran kerja berubah pesat

May 1, 2019 | 9:00 AM
f9c330b1-1180-45f2-9a19-155e3786c555
-

PRESIDEN Halimah Yacob berkata beliau yakin rakyat Singapura berupaya mengatasi cabaran di tempat kerja yang pesat berubah.

Berkongsi pesanan Hari Pekerja di Facebook pada Selasa (30 April), Puan Halimah berkata pekerja pada masa ini berhadapan cabaran yang jauh berbeza berbanding pekerja pada lebih tiga dekad lalu, semasa beliau berkhidmat dalam pergerakan buruh.

"Pekerja perlu menyesuaikan diri dan terbuka mempelajari perkara baru," kata Puan Halimah yang berkata bahawa kilang-kilang yang pernah dilawatinya kini telah berubah.

"Saya amat yakin dengan keupayaan pekerja kita berubah... kita mempunyai semangat jitu dan akan mengatasi apa sahaja cabaran di hadapan kita," tambah beliau.

S'pura menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg