Topik diikuti
Pergi ke BHkuHampa dalam prelim tapi cemerlang di GCE 'O'
KEJUTAN MANIS: Sakinah Omar Alkhatib yang didakap ibunya, Sharifah Zaharah, tidak menyangka mendapat keputusan baik dalam GCE Peringkat 'O'. - Foto TAUFIK A. KADER -
Jan 13, 2015 | 10:47 AM
SAKINAH Omar Alkhatib menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' Oktober lalu tanpa meletakkan sebarang sasaran mendapat keputusan cemerlang.
Ini kerana pelajar Sekolah Perempuan Tanjong Katong (TKGS) itu takut kecewa selepas keputusan menghampakan bagi peperiksaan prelim sebulan sebelum itu.
