SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hampir 300 pelajar dilantik menjadi Rakan Bahasa tahun ini

Hampir 300 pelajar dilantik menjadi Rakan Bahasa tahun ini

May 6, 2018 | 5:24 PM

Hampir 300 pelajar dilantik menjadi Rakan Bahasa tahun ini

RAKAN BAHASA: Pengerusi Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam, bercakap dengan beberapa pelajar bahasa Melayu yang baru dilantik sebagai Rakan Bahasa tahun ini.
RAKAN BAHASA: Pengerusi Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam, bercakap dengan beberapa pelajar bahasa Melayu yang baru dilantik sebagai Rakan Bahasa tahun ini. - Foto IQBAL FAIZAL

BILANGAN pelajar bahasa Melayu yang dilantik sebagai Rakan Bahasa naik 85 peratus tahun ini berbanding tahun lalu.

Seramai 298 pelajar itu menerima sijil pelantikan dalam satu majlis di auditorium kampus Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS) semalam (5 Mei).

Mereka merupakan pelajar daripada 152 sekolah rendah, menengah dan maktab rendah serta madrasah, lebih banyak berbanding 81 sekolah yang mengambil bahagian tahun lalu.

Rakan Bahasa dilantik sempena Bulan Bahasa setiap tahun bagi menggalak pelajar yang cemerlang dalam bahasa Melayu menyebarkan rasa cinta pada bahasa itu kepada rakan-rakan dan keluarga mereka.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg